Thursday, September 23, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID SK. INARAD 2010

TELUPID - Julung kali diadakan dan dianjurkan oleh guru-guru SK. Inarad, Tongod yang telah diluluskan oleh Guru Besar pada 23 September 2010. Tujuan Lawatan Sambil Belajar ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada murid tentang perkembangan terkini di Bandaraya Kota Kinabalu dan menambah pengetahuan sedia ada murid-murid.

Antara tempat yang dilawati ialah Muzium Negeri Sabah, Zoo Lokawi, Universiti Malaysia Sabah Sekolah Marin dan Akuatik dan Poring, Ranau.

Program Lawatan Sambil Belajar ini akan diadakan 4 Oktober 2010 hingga 7 Oktober 2010. Sebelum ini, 6 murid berkenaan akan menyertai Perkhemahan Pengakap di SK. Kopuron, Telupid.

Program kali ini merupakan satu saranan daripada pensyarah IAB bagi membantu murid-murid. Pengorbanan guru-guru di SK Inarad amat menyerlah kerana guru itu sendiri mengeluarkan wang saku untuk perbelanjaan. Syabas guru SK. Inarad.

No comments:

Post a Comment